Tuesday, June 12, 2012

adakah dia jodoh kita?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita:~

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.





kopi dan pasta dari pen patah
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, June 10, 2012

recipe caramel puding

x tau la.. mlm nie asyik nak makan dessert je.. masa tgh study dgn Nadia n Sue nie.. tiba2 tekak nie teringin nak makan puding karamel... nak menambahkan selera makan boleh pulak aq g kat google search gambar puding nie.. haishhhhh.. terliur teman sekejap.. 









untuk gula karamel:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air

Untuk adunan puding
- 1 tin susu cair (boleh jugak nak ganti ngan fresh milk tapi ak suka guna yg full cream tue, it's too milky...muakss)
- 4-5 biji telur (sape suka telur lebih ley tambah lagi...hee)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu kecil gula (kalau sape suka manis ley lebihkan sket tapi jgn lebih banyak sgt coz gula karamel tue da manis..nant kena diabetes =P)
Cara Pembuatan
1- Mula-mula buat gula karamel tue.. Cairkan gula dengan api sederhana.. gula nie kena kacau selalu sampai la sume gula tue cair n jadik warna coklat. Jangan sampai gula tue over hangus or terover pucat.. nant karamel tak cantik n rasa pun tak sedap.. =)

2- Bila da tukar warna coklat, perlahankan api n terus masukkan air (prepare air tue siap2 kat tepi). take care tau masa masukkan air nie..nant gula tue melotop..=)

3- Lepas da masuk air, besarkan semula api n kacau2 sampai gula dan air tue larut sebati.

4- Kemudian masukkan gula karamel tue kat dasar acuan/loyang  untuk dibakar (bekas tahan panas). Sejukkan dulu pada suhu bilik then keraskan karamel nie dalam peti beku tue.. (klu time  malas tak bekukan pun..jaz sejukkan pada suhu bilik jek)

sambil tunggu tue kita buat adunan puding...

1- Masukkan jek semua bahan untuk puding dalam pengisar (blender) or pengadun (mixer).

2- Kemudian adunkan bahan2 tue sekejap jek.. jaz supaya bahan tue tersebati. Jangan sampai kembang... ketepikan then tunggu sekejap sampai gula sejuk sikit.

3- Sementara tue, sediakan dulang pembakar yang diletakkan air dalam oven (alamak tak tau la pe nama teknik nie.. heh)

4- Bila da ok,  perlahan-lahan tuang adunan puding dalam acuan  gula karamel tadi.

5- Masukkan dalam oven yang beralas dulang pembakar yang ada air tadi dan bakar dengan suhu 160-180 darjah celcius, lebih kurang 40 minit.

6-  Bila da cukup 40 minit try cucuk ngan garfu tgk da masak ke tak.. hahaa.. klu dah kompem masak then sejukkan sekejap pada suhu bilik.

7- Bila da sejuk, terbalikkan puding ni pada dulang yang leper (better keluarkan dulu air gula karamel tue supaya senang nak terbalikkan)

8- Sejukkan dalam peti ais.. sila menunggu dengan sabar...

Saturday, June 9, 2012

pavlova recipe.. yummy~~

teringin nak makan pavlova..x pe sabar nabilah.. tinggal 10 hari je kau tersadai kat UUM nie.. lpas balik rmh boleh la kita buat pavlova tu.. btw, tgk gambar pavlova je dh buatkan ku terliur.. yummy~~~


bagi yang nak tau mcm mne nak buat pavlova kat sini aq ada tinggal kan resipi dia..



Resepi Pavlova
Bahan-bahan
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan 
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla












Cara membuat
#Pukul putih telur dengan perlahan.
#Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
#Masukkan esen vanilla dan gaul.
#Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.


#Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
#Masukkan adunan ke dalam oven.
#Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
#Bakar selama satu jam.
#Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.

*inilah hasil pavlova ku yg di cilok dari google images*



siapakah pemilik tulang rusuk kiriku~



Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?



Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.





kopi dan pasta dari pen patah..

Friday, May 25, 2012

My crazy experience with my friends~~



Hahaha..
Good Job NABILAH!!!
 you had done a crazy activity...

this is an experience that I can't forget it for my whole life..

25th MAY 2012
12.00 a.m. 
*sharp*
Leaving Kachi Hills and headed toward Penang Island...

During the time in the car..
we have a karaoke session..
most of the song are oldies and Mariah Carey. 
(*lagu mek yah sbb ada Fahmi*) 

Arrive Bukit Mertajam at 2.00 a.m. 
lepaks at McD sambil minum Milo Panas~
*heaven nya dgn cuaca sejuk.. perghh*

At Auto-City,
we found a lots of branded cars..
and
this what we got....

*unie berbagga dengan keretanya*



*my car! perasaannya*


2.50 a.m.
we continue our mission to Penang Island..
arrive the Island 
we headed towards Gurney Drive..
reach there at 3.30 a.m.

since we are sleepy..
we just take a nap for almost 1 hour in the car..
*yawning*

wake up at 4.30 a.m.
Fahmi said he hungry and he ate the bread that sue bought..
then we have a good talked together..
*also included gossiping. XD*

@ Gurney Drive
4.30~5.15 a.m.





then after had a conversation at the Gurney Drive 
we move to Masjid Terapung, Tanjung Bungah.
for our Subuh Prayers.

our luck for today are quite ok..
bcoz we got Nasi Lemak for free from a mak cik at the mosque..

After our Subuh Prayer..
we headed to Batu Feringghi 4 breakfast.
we park our car at Bayview Hotel and walks towards the beach with excited faces.
we ate the nasi lemak here..
*WOW!*
such a nice experiences
having a breakfast at the beach.

*muka excited unie n Sue*

*merenung masa depan ke atau mengenangkan emak di rumah?*

*x tau la gambar apa yg sue tangkap*

*ombak datang larik!!!!*

*ombak marilah datang kepadaku-Unie*

*muka happy sebab dpt g jenjalan*

* camerawomen nie amik gmbr spe sbenarnya?*

*finally, our photo. wee~ me n my roomate yg jiwa kacau*

* me n sue yg happy jumpa pantai*

* me n Fahmi yg mcm budak2 bila jumpa pantai*


meninggalkan pantai dalam pukul 8.30
otw, turun dari Batu Feringghi,
Fahmi baru sedar yg dia tertinggal sweater dkt masjid..
so, kami kembali ke masjid untuk amik sweater dia..

@ Masjid Terapung







*all of us*

lpas tu kami decide utk balik ke Bukit Kachi terchenta..
& this time
kami balik menaiki feri pulak~~



kami selamat tiba di Kachi Hills pd pkul 11 pg..


banyak lagi cerita.. nak tahu lagi lanjut boleh la baca kat blog unie... sbb Fahmi nak pakai lappy nie terpaksa ku tamat kan cerita perjalanan cerita kami disini.. sibuk je fahmi nie.. nak pakai lappy.. *x sedar yg aq sdg update blog pkai lappy fahmi.. hihi.. jgn marah ye, Fahmi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...