Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Adam & Hawa

Adam dan Hawa adaptasi dari senaskah novel yang terlaris diangkat kepada sebuah drama tv. drama ini menjadi penantian kepada penonton disebabkan jalan ceritanya, pelakon nya malah lagu latar nya dapat menarik perhatian. Tahniah buat team produksi ADAM & HAWA. Tahniah juga kepada penulis asal naskah adam dan hawa Aisya Sofea kerana mencoretkan sebuah naskah yang menarik. Selain itu, tahniah kepada barisan pelakon kerana berjaya membawa watak mereka dengan berkesan di hati penonton. sekalung ucapan buat para blogger yang upload drama adam dan hawa kerana tanpa mereka x adalah aq dapat menonton adam dan hawa di hutan sintok ni. :-)


SINOPSIS

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

PARA PELAKON ADAM & HAWA




ADAM MUKHRIZ (AM) - AARON AZIZ ( AARON AZIZ @ TWITTER )
AIN HAWANI (HAWA) - NADIYA NISSA 
DEE- ANZALNA NASIR

NOVEL ADAM & HAWA


OST ADAM & HAWA


Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza 

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


DOWNLOAD OR ONLINE VIDEO 4 ADAM & HAWA

Monday, June 20, 2011

Dari senaskah buku ke layar perak dan kaca tv

Recently nie, banyak naskah novel yg menjadi pilihan produser untuk di angkat ke layar perak & ke kaca tv. Mungkin ini satu cara untuk pihak produksi mendapatkan hit rating untuk drama mereka atau untuk mendapatkan kutipan yang memberansangkan. Ataupun mungkin produser drama & filem Malaysia cuba untuk meniru perbuatan producer2 Holloywood yang berjaya mendapat rating dan kutipan yg memberangsang dari  penulisan yang menjadi "hot topic" seluruh dunia terutamanya di kalangan para remaja. Dari pemerhatian mengenai penulisan yang terdapat dalam novel tersebut pihak produksi antarabangsa cuba mengangkat dari novel ke layar perak. Contohnya seperti:-

HARRY POTTER.
Harry Potter diangkat ke layar perak setelah buku tulisan J.K. Rowling ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan kanak2 di seluruh dunia. Pengembaraan ahli sihir yang melangkaui jangakaan pemikiran dan imaginasi yg tinggi menyebabkan ramai kanak2 tertarik dengan jalan ceritanya. Mengandungi 7 jilid buku iaitu:-
1. HARRY POTTER and Philosopher's Stone
2. HARRY POTTER and The Chamber Of Secret
3. HARRY POTTER and The Prisoner of Azkaban
4. HARRY POTTER and The Goblet Of Fire
5. HARRY POTTER and The Order Of The Phoenix.
6. HARRY POTTER and the Half-Blood Prince
7. HARRY POTTER and the Deathly Hollows





 2. EAT PRAY LOVE

3. LAST SONG




4. THE NOTE BOOK


5. TWILGHT




ini pula novel2 melayu yang diangkat ke layar perak dan juga kaca tv.


1.  LAGENDA BUDAK SETAN

adaptasi ke layar perak
Durasi filem : 1 jam 40+ minit
Penulis: Ahadiat Akashah
Para Pelakon:-
1. Farid Kamil
2. Lisa Surihani
3. Que Haidar
4. Fazura
2. KAU LAKSANA BULAN
adaptasi dari novel ke drama
Episod : 13 Episode
Penulis : Aina Emir
 Para Pelakon:
1. Ayu Raudah
2. Zulhuzaimy
3. Asraf Muslim
4. Fizo Omar




3. Gabungan 3 novel Sharifah Abu Salem

1. Tak Seindah Mimpi
2. Tak Semanis Impian
3. Tiada Lagi Mimpi
adaptasi dari novel ke kaca tv






4. KASIH YANG SUCI
adaptasi dri novel ke drama
 Episod : 24 episode
Penulis : Meen Zulaika
Tajuk Drama : Nora Elena
Para Pelakon:-
1. Aaron Aziz
2. Siti Saleha
3. Zul Ariffin
4. Erry Putra
5. Wan Sharmila

 5. STANZA CINTA
adaptasi ke kaca tv
 Penulis : Nurull Halawati
Para Pelakon:-
1. Aaron Aziz
2. Fizz Fairuz
3. Nur Fathia





6. OMBAK RINDU
adaptasi ke layar perak
Penulis : Fauziah Ashari
Para Pelakon:
1. Aaron aziz
2. Maya Karin
3. Lisa Surihani



 bakal di adaptasi ke drama.... ADAM & HAWA karya Aisya Sofea


..

p/s: x de ke filem atau drama Melayu yang dapat menarik perhatian penonton dan memberi kesan kepada mereka tanpa meniru mne2 novel pon seperti Drama Nur Kasih dan Filem Nur Kasih The movie?

Tuesday, May 17, 2011

*~Nora Elena~* XOXO








Adaptasi longgar dari novel "Kasih Yang Suci", Meen Zulaika.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...