Wednesday, September 26, 2012

Adam & Hawa

Adam dan Hawa adaptasi dari senaskah novel yang terlaris diangkat kepada sebuah drama tv. drama ini menjadi penantian kepada penonton disebabkan jalan ceritanya, pelakon nya malah lagu latar nya dapat menarik perhatian. Tahniah buat team produksi ADAM & HAWA. Tahniah juga kepada penulis asal naskah adam dan hawa Aisya Sofea kerana mencoretkan sebuah naskah yang menarik. Selain itu, tahniah kepada barisan pelakon kerana berjaya membawa watak mereka dengan berkesan di hati penonton. sekalung ucapan buat para blogger yang upload drama adam dan hawa kerana tanpa mereka x adalah aq dapat menonton adam dan hawa di hutan sintok ni. :-)


SINOPSIS

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

PARA PELAKON ADAM & HAWA




ADAM MUKHRIZ (AM) - AARON AZIZ ( AARON AZIZ @ TWITTER )
AIN HAWANI (HAWA) - NADIYA NISSA 
DEE- ANZALNA NASIR

NOVEL ADAM & HAWA


OST ADAM & HAWA


Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza 

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


DOWNLOAD OR ONLINE VIDEO 4 ADAM & HAWA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...